5 Jenis Sihir yang perlu anda ELAKKAN

As salamualaikum dan Selamat Tengah hari (Waktu Penulis)

Beberapa perkongsian kepada semua pembaca terutama sekali kepada mereka yang mengalami penyakit sihir atau gangguan sihir yang belum sembuh dan sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit sihir.

Hari ini saya nak share kepada semua pembaca 5 Jenis Sihir yang sangat perlu anda elakkan kerana jenih Sihir ini sangat terkesan jika terkena pada seseorang.

Apa tu 5 jenis Sihir nya. Baca di bawah ya

Sihir pemisah Suami Isteri 

Sihir pemisah adalah sinonim dan sering berlaku pada masyarakat kita. Terutama sekali bagi pasangan suami isteri atau pasangan kekasih.

Disebabkan Iri hati atau dengki menyebabkan , sesetengah golongan ini mengupah tukang sihir untuk memisahkan dengan menggunakan cara khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam

Antara tanda-tanda orang yang dihantar sihir pemisah ialah:

  1. Perubahan tiba-tiba dari sayang jadi benci.
  2. Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
  3. Enggan meminta maaf.
  4. Cepat marah walaupun perkara yang kecil.
  5. Suami atau isteri melihat wajah pasangannya sangat hodoh sedangkan orang lain lihat biasa je.
  6. Benci dan tak suka bila pasangannya ada di rumah.

Sihir Pukau

Pukau turut dikategorikan sebagai ilmu sihir. Antara antara tanda-tanda seseorang tu terkena sihir pukau ialah:

  1. Mangsa akan berasa kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Mangsa berada di bawah penguasaan pemukau dan tindakannya semua mengikut arahan oleh pemukau.
  2. Menyebabkan mangsa tidur lena dan tak sedar apa yang berlaku disekelilingnya.

Pukau juga popular dikalangan pencuri dan memukau dengan melalui hembusan asap rokok, tenungan mata, perbualan, minuman dan paling terkini dan canggih sekarang pukau dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Cara terbaik untuk elak dari pukau adalah dengan belajar sendiri Rahsia Ilmu Merawat Sihir dan Mengelak dari sihir. Boleh dapatkan di sini petuaelaksihir.com

Sihir Santau (Seksa)

Santau merupakan salah satu sihir yang digunakan untuk meracuni musuh dengan menyeksanya sehingga membawa maut.

  1. Santau makan/minum – Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa.
  2.  Santau angin – Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa secara jauh (pemujaan atau melihat mangsa dari jauh). Ia ‘dihantar dan dimasukkan’ ke dalam badan mangsa secara ghaib dengan bantuan jin.
  3. Santau tuju – Ia boleh membunuh mangsa dengsa serta merta atau mangsa boleh muntah darah serta merta. Biasanya ia dilakukan pada waktu tengah malam dengan menggunakan pemujaan terhadap pakaian, rambut atau barang peribadi mangsa.
  4. Santau langkah – Ia dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau yang telah dibacakan mantera di pintu rumah atau pejabat.
  5. Santau batuk – Mangsa mengalami batuk yang berterusan dan kadangkala diiringi sakit kepala. Ia merupakan peringkat awal bagi mereka yang terkena santau.

Ramuan yang digunakan untuk sihir santau ini adalah amat berbisa, kotor dan gatal apabila terkena kulit. Antaranya ialah air ulat sintuk, segala jenis miang (miang buluh, miang jagung), sumbu pelita minyak tanah, kaca, paku dan sebagainya.

Menurut Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ lagi, sekiranya mangsa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi biasanya di bahagian paru-paru mangsa tersebut akan menjadi gelap kerana bahan/racun telah masuk ke pembuluh darah lalu menyerap ke seluruh badan dan otak sehingga menyebabkan lidah mangsa menjadi pendek, tak boleh bercakap, mulut herot dan tangan menjadi merengkot.

 Sihir pengasih/penunduk

Ada setengah orang panggil ianya sebagai sihir guna-guna.

“Sihir pengasih boleh datang dari ludah, makanan, gambar. Dari gambar dia boleh puja sampai kita jadi kasih kepada dia.” – Ustaz Kazim Elias, pendakwah bebas. Dipetik dari Youtube.

Ia juga boleh datang dari air mayat, abu mayat dan minyak mayat. Tambah beliau lagi, jika seseorang tu berkahwin hasil daripada minyak pengasih tersebut, bila mereka mendapat anak nanti anaknya itu akan menjadi degil dan suka kepada kemungkaran.

“…kalau suami isteri yang pakai minyak pengasih untuk berkahwin tetapi akhirnya telah bercerai, kebiasaannya si mangsa minyak pengasih tersebut takkan berkahwin dengan orang lain lagi kerana ia sudah ‘ditutup’ dengan ilmu pengasih melainkan ia ‘dibuka’ balik (berubat) –  Ustaz Kazim Elias, pendakwah bebas. Dipetik dari Youtube.

Namun ada juga minyak pengasih yang boleh diamalkan dan tak syirik di sisi agama iaitu:

Sihir Perniagaan

Menceburi bidang perniagaan memang mengundang risiko tersendiri kerana ia ada pasang surutnya. Namun Rasulullah SAW ada menegaskan bahawa kedudukan perniagaan merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT :

“Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melaluli perniagaan” – Hadis Riwayat Tirmizi. Dipetik dari Laman Web Rasmi IKIM.

Berbalik semula pada point sihir perniagaan ni, ia mempunyai dua jenis iaitu:

i) Pelaris

Gunalah pelaris yang dibenarkan oleh Islam seperti:

  1. Mulakan perniagaan dengan solat hajat.
  2. Mulakan membaca Bismillah dan beri salam setiap kali tetamu datang.
  3. Makanan tak jual terlalu mahal.
  4. Kedai sentiasa bersih.

Masalah Sihir semakin berleluasa dan semakin menular dalam zaman sekarang ini. Tepuk Dada tanya Selera adakah kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi masalah masalah sihir di akhir zaman ini.

Bekas Pesakit Sihir telah sembuh dari sihir dan kini mampu merawat orang lain dengan mudah dan berkesan. Kenapa perlu belajar cara merawat sihir. Kerana apabila terkena pada kita. Belmu tentu kita boleh kawal dan atasi. Jadi Penuhkan dada dengan ilmu merawat sihir dan tambah keyakinan kepada Allah disamping dapat menambah Amalan amalan.

Belajar Ilmu Rawatan Sihir dari rumah sahaja dengan pantas dan berkesan di sini www.petuaelaksihir.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: